
MENU
D'PUTERI STEAMBOAT & GRILL
Di sini D'Puteri Steamboat menyediakan dan menawarkan perkhidmatan makanan steamboat dan grill dengan harga yang berpatutan. Kami menggunakan bahan-bahan steamboat yang segar dan terbaik serta rasa kuah kami yang unik akan membuatkan anda berpuashati dan ingin datang lagi.
Bahan-bahan steamboat yang kami sediakan adalah bebola ayam dan ikan, sosej ayam serta stik ketam yang segar manakala bahan-bahan untuk di grill pula termasuk ayam, daging dan sotong segar yang di perap. Sotong kembang dan udang segar juga disediakan.
Pencuci mulut juga disediakan seperti sejenis buah-buahan dan ais-krim.
Semuanya disediakan pada harga RM18.00 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak 7 - 12 tahun) dan PERCUMA bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah.
Anda akan berterima kasih setelah anda mencuba dan mengecapi kenikmatan steamboat dan grill kami.

















